Monday, July 18, 2011

Legasi Seorang Anak Seni


Salam kepada semua pengunjung blog ani, mungkin udah lama aku inda menulis dan seakan aku sendiri pun lupa kebolehan anugerah Tuhan ani, hari ani aku ingin mengupas kembali sepanjang perjalanan ku menjadi seorang anak seni, aku bukan nya penyanyi jauh lagi jadi seorang pelakon, anak seni maksud ku adalah sebagai seorang photographer.

Aku di lahirkan sememangnya dari darah orang-orang yang mencintai keindahan (Seni), Nini ku seorang tukang tembaga yang terbilang di Brunei pada suatu ketika dulu dan sangat di kenali iaitu Allahyarham Haji Ibrahim bin Tahir. Legasinya di teruskan oleh bapa ku, Haji Md Salleh bin Hj Ibrahim, oh aku terlupa menyimpan Allahyarham di awal namanya kerana bagi ku beliau akan tetap hidup walaupun kenyataannya beliau telah lebih dulu meninggalkan kami pada Awal tahun lepas. Namun aku bangga menjadi salah seorang anak kepada Pelukis yang mencatatkan namanya di beberapa tempat di negara ini temasuk lah sebagai seorang pereka grafik dalam Mushaf Brunei Darussalam. Logo Majlis Mesyuarat Negara, Logo Universiti Brunei Darussalam, Logo Sekolah Rendah Kerajaan..... memang banyak hasil kerja tangannya termasuklah sebagai seorang karikatur yang dulu di minati dengan karya beliau "Si Tuyu". Legasi beliau InsyaAllah akan aku teruskan dengan cara yang lain, aku bukannya seorang pelukis jadi semuanya ku luahkan melalui karya-karya ku melalui ketikan lensa dari Kamera ku.

Jauh lagi perjalanan ku untuk mencapai menjai seorang yang boleh di anggap "Legend" dalam bidang ini. namun kesungguhan dan keazaman dari darah anak seni yang lahir dalam jasadku InsyAllah akan ku capai juga akhirnya. Bermula dengan sebuahb kamera digital kompak kemudian aku berhijrah kepada Digital SLR yangmana pernah suatu ketika dulu aku beranggapan aku tak akan pernah boleh menguasai teknologi SLR namun Alhamdullilah aku sudah boleh menunjukkan sedikit pengetahuan ku dengan perkongsian ku melalui Bengkel yang ku kendalikan.

Jatuh bangun cemuhan dan pujian telah aku lalui, kerja berpasukan berseorangan dan di asingkan memang pernah ku alami sepanjang perjalanan ku ini. namun hasrat yang ku tanamkan dalam dada ini tak akan pernah luntur dalam pertarungan ku di dalam gelanggang seni ini. Aku belum tahu apa yang bakal ku hadapi di hari-hari aku yang mendatang. Semoga Tuhan memberikan aku kekuatan untuk menghadapi segala duri dan ranjau di sepanjang perjalanan ini.

IMG_8138